Senarai Blog Saya
-
2 hari 2 malam melayan 'dia'14 beberapa jam yang lalu
-
Selamat Hari Lahir Najwa dan Selamat Berjuang Di Arau Perlis Pula.. ^_^18 beberapa jam yang lalu
-
SELAMAT TAHUN BARU 20102 beberapa hari yang lalu
-
BERSIARAN KEMBALI2 beberapa hari yang lalu
-
10 buku "Senangnya Memasak bersama Chef Hanieliza"2 beberapa hari yang lalu
-
Countdown 20102 beberapa hari yang lalu
-
KEK LAPIS ....lagi?3 beberapa minggu yang lalu
-
Water Roux5 beberapa minggu yang lalu
-
BORANG PESANAN TEMPAHAN KEK & COKLAT3 beberapa blan yang lalu
Pembuka Bicara.
Blog Ini sekadar untuk berkongsi segala resepi, Petua serta Pantang Larang yang diketahui kerana norish juga masih lagi belajar..
sekiranya ada sesiapa yang sudi memberi tunjuk ajar silakan lah.. amat di alu-alukan supaya norish dapat menambahkan ilmu didada..
Ahad, 2009 Mei 24
SUnRise Drink..
1. Sunquick Blackcurrant
2. Sunquick Manderin
3. Ice Cream Soda/Sprite
4. Air Gula.
Campurkan kesemua bahan2 tadi mengikut sukatan dan citarasa masing2..
**slalu buat nie tak penah pun sukat.. tue yang susah nak bg sukatan.. main agak2 je..
Actually banyak lagi masakan yang nak posting.. tapi tak sempat lak.. memandangan kerja skrg nie dah banyak sikit.. susah sikit nak update blog skrg nie.. insyaAllah.. nanti pasti akan di postingkan semua resepi yang pernah norish cuba tue..
Selasa, 2009 Mei 05
Roti Jala & Kari Ayam.
Roti Jala
Bahan-Bahan
1. Tepung Gandum (2 Cawan)
2. Tepung Kastard (1/4 Cawan)
3. Telur (1 Biji)
4. Garam (Secukup rasa)
5. Air (secukupnya)
Cara-caranya
1. Masukkan Tepung Gandum, Tepung Kastard dan garam. Gaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan air. Bancuhan tidak boleh terlalu cair ataupun terlalu pekat. Bancuhan perlu sedang2 je. Supaya dapat keluar dari acuan dengan cantik..
3. Ppan. Aliskan dengan minyak. supaya tidak melekat.
4. Masukkan tepung ke dalam acuan roti jala dan betukkan seperti jala dengan membuat bulatan.
5. Setelah Roti Jala kekuningan angkat dan gulungkan. Boleh juga dilipat sahaja.
Kari Ayam
Bahan-bahan
1. Ayam (Kuantiti Ikut Kesukaan) } dipotong kecil.
2. Rempah Kari (1bungkus) - Adabi/apa saje..
3. Bawang Merah} Ditumbuk halus
4. Bawang Putih} Ditumbuk halus
5. Kerisik (2 sudu makan)
6. Santan (1/2 biji) - Lebih jika ingin pekat.
7. Kulit Kayu Manis (1 batang)
8. Daun Kari (1 tangkai)
9. Ubi Kentang ( 2biji) } Dipotong Dadu.
10. Carrot (1 Biji) } Juga dipotong Dadu.
11. Air Suam
12. Garam
Cara-Caranya
1. Panaskan Periuk, masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan Bawang Merah, Bawang putih, Daun Kari dan Kulit Kayu manis.
3. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air suam. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kerisik dan kemudiannya ayam, biarkan seketika supaya rempah diserap masuk ke dalam isinya.
5. Masukkan santan, kemuadian diikuti dengan carrot dan ubi kentang yang telah dipotong dadu.
6. Kemudian masukkan garam. biarkan sehingga mendidih.
7. Siap untuk dihidangkan.
Cadangan Hidangan : 4 orang
Cuba la resepi ni lak..
Mee Wantan Goreng Sotong
Bahan-bahan.
1. Mee Wantan (2 gulung)
2. Sotong (5-6 ekor)
3. Sawi
4. Cili Kering ( 10-15 biji ) }Blender
5. Bawang Merah Kecil (3 Ulas) } Di cincang Halus
6. Bawang Putih (2 Ulas ) } Di cincang Halus
7. Garam (secukup rasa)
8. Lada Sulah (2 sudu teh)
9. Kicap Pekat (2 sudu makan)
10. Kicap Cair (3 sudu makan)
11. Sos Tiram (2 sudu makan)
Bahan-bahan Hiasan.
1. Telur (1biji) } digoreng dadar dan dihiris halus.
2. Cili Merah. } dihiris halus.
Cara-caranya
1. Mee Wantan di basuh terlebih dahulu untuk mudah diceraikan. kemudian di toskan airnya.
2. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah kecil, bawang putih, biar garing sedikit.
3. Kemudian masukkan cili kering, masak seketika.. masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap cair.
4. masukkan sotong masak seketika, masukkan lada sulah serta garam.
5. kemudian masukkan mee wantan. Perlu diingatkan cili tidak boleh terlalu banyak air bagi mengelakkan wantan dari terlalu kembang.
6. masukkan sawi dan goreng sehingga masak.
7. Angkat dan bolehlah dihidangkan. Taburkan hirisan telur serta cili merah diatasnya. siap untuk di makan.
cadangan hidangan : 3 orang.
try it.. and tell me..
RSS Feed 





