Let's Shout !!!

    Pengikut

Pembuka Bicara.

Blog Ini sekadar untuk berkongsi segala resepi, Petua serta Pantang Larang yang diketahui kerana norish juga masih lagi belajar..
sekiranya ada sesiapa yang sudi memberi tunjuk ajar silakan lah.. amat di alu-alukan supaya norish dapat menambahkan ilmu didada..

Selasa, 2009 Mei 05

Roti Jala & Kari Ayam.

Kali nie resepi makanan ala kampung lak.. teringat lak masa kecik2 dulu always nak makan roti jala ni.. masa form 4 dah belajar buat sendiri.. firstime la tue... tp mak guide la.. kalu tak bahaya la juga main api.. kari ayam mak la kena wat kan.. hehehe..




Roti Jala

Bahan-Bahan

1. Tepung Gandum (2 Cawan)
2. Tepung Kastard (1/4 Cawan)
3. Telur (1 Biji)
4. Garam (Secukup rasa)
5. Air (secukupnya)

Cara-caranya

1. Masukkan Tepung Gandum, Tepung Kastard dan garam. Gaulkan sehingga sebati.
2. Masukkan telur dan air. Bancuhan tidak boleh terlalu cair ataupun terlalu pekat. Bancuhan perlu sedang2 je. Supaya dapat keluar dari acuan dengan cantik..
3. Ppan. Aliskan dengan minyak. supaya tidak melekat.
4. Masukkan tepung ke dalam acuan roti jala dan betukkan seperti jala dengan membuat bulatan.
5. Setelah Roti Jala kekuningan angkat dan gulungkan. Boleh juga dilipat sahaja.

Kari Ayam

Bahan-bahan

1. Ayam (Kuantiti Ikut Kesukaan) } dipotong kecil.
2. Rempah Kari (1bungkus) - Adabi/apa saje..
3. Bawang Merah} Ditumbuk halus
4. Bawang Putih} Ditumbuk halus
5. Kerisik (2 sudu makan)
6. Santan (1/2 biji) - Lebih jika ingin pekat.
7. Kulit Kayu Manis (1 batang)
8. Daun Kari (1 tangkai)
9. Ubi Kentang ( 2biji) } Dipotong Dadu.
10. Carrot (1 Biji) } Juga dipotong Dadu.
11. Air Suam
12. Garam

Cara-Caranya

1. Panaskan Periuk, masukkan sedikit minyak.
2. Tumiskan Bawang Merah, Bawang putih, Daun Kari dan Kulit Kayu manis.
3. Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan sedikit air suam. Biarkan ia masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kerisik dan kemudiannya ayam, biarkan seketika supaya rempah diserap masuk ke dalam isinya.
5. Masukkan santan, kemuadian diikuti dengan carrot dan ubi kentang yang telah dipotong dadu.
6. Kemudian masukkan garam. biarkan sehingga mendidih.
7. Siap untuk dihidangkan.


Cadangan Hidangan : 4 orang

Cuba la resepi ni lak..

2 ulasan:

SiS-lin berkata...

sedap tu..lin suke mkn roti jala...yum3x...

norish berkata...

thx lin.. saya tak la pandai mana pun.. sekadar untuk suami n family je makan tue boleh la..

Mengenai Saya

Foto Saya
norish
Alor Star-Jitra-Puchong-Putrajaya, Kedah-Selangor-Putrajaya......, Malaysia
simple.. cute (hehehe)... nice look.. friendly...married... mother of twins
Lihat profil lengkap saya

Make Money !!!

Let's Dance

Latest Info !

Let's Check It Out!

Arkib Blog

Cari Disini

Template by: Free Blog Templates